Video pakcik ceria masak2 guna resepi Khairul Aming buat ramai terhibur

Video pakcik ceria masak2 guna resepi Khairul Aming buat ramai terhibur

Ketika musim-musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, memang elok sangat andai semua isi rumah duduk sahaja di rumah bagi mengelakkan sebarang penularan pandemik yang lebih membimbangkan.

Jadi, bagi mengisi kekosong hari-hari yang agak membosankan, boleh saja melakukan pelbagai aktiviti yang mengembirakan hati sendiri dan juga orang lain.

Sebagai contoh, seorang pengguna Twitter menggunakan nama akaun @onnomo97 telah memuat naik video bapanya yang terlihat ceria memasak selepas berhenti dari berniaga.

Apa yang mencuri perhatian ramai adalah bapanya kerap menggunakan resepi dari influencer terkenal, Khairul Aming bagi menyediakan menu-menu menarik sepanjang berada di rumah.

Perkongsian tersebut juga telah mendapat perhatian Khairul Aming dan membuatkan lebih ramai yang terhibur melihat keceriaan bapa kepada pengguna Twitter itu yang dalam proses memasukkan ayam ke dalam ketuhar.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet turut merasakan hal yang sama dengan berasa gembira melihat bapa kepada @omnomo97 memasak dengan begitu ceria sekali.

Ada juga yang mengatakan video berkenaan membuatkan mereka teringat akan bapa dan ibu yang berada di kampung dan sudah lama tidak dapat bertemu.

Sumber: Twitter @omnomo97, @khairulaming

Scroll to Top