[VIDEO] Peminat Kongsi Momen Terakhir Sebelum Butik dUCk Scarves Milik Vivy Yusof Tutup Operasi

[VIDEO] Peminat Kongsi Momen Terakhir Sebelum Butik dUCk Scarves Milik Vivy Yusof Tutup Operasi

Usahawan dan ikon fesyen terkenal, Datin Vivy Yusof sekali lagi mencuri tumpuan apabila didakwa akan menutup operasi kedai fizikal jenama tudung miliknya, dUCk Scarves.

Penutupan butik berkenaan dipercayai berkait rapat dengan isu pecah amanah membabitkan dana milik dua entiti pelaburan utama negara, Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok yang juga peminat tegar jenama dUCk, salah satu butik di Pavilion Kuala Lumpur dikhabarkan kini berada pada hari-hari terakhir operasinya dan dijangka menamatkan operasi sepenuhnya menjelang akhir Mei ini.

@siscomelcute

detik2 hari berlalu di The duck scaves pavilion..pasni tak tau nk hunting tudung apa pula ye .#vivy #duck #duckscarves #vivyyusof

♬ Just A Girl – No Doubt

Sebelum ini, Vivy dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar, dikaitkan dengan pertuduhan pecah amanah membabitkan dana daripada Khazanah dan PNB, yang didakwa disalurkan melalui platform e-dagang.

Walaupun tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Vivy mahupun pihak dUCk berhubung penutupan tersebut, spekulasi dalam kalangan netizen terus hangat diperkatakan.

Peminat setia dan pelanggan turut meluahkan rasa sedih serta kecewa di ruangan komen, malah ada yang mengenang memori membeli-belah di butik yang sering dikaitkan dengan gaya hidup elegan dan eksklusif.

Setakat ini, masih belum dapat dipastikan sama ada operasi dUCk akan diteruskan sepenuhnya secara dalam talian atau jenama itu akan menjalani proses penstrukturan semula.

Artikel Berkaitan: Vivy Yusof, Fadza Mengaku Tak Bersalah Kes Pecah Amanah RM8 Juta, Dilepaskan Dengan Jaminan RM100,000 Seorang & Diarah Serah Pasport

Artikel Berkaitan: Rancang Lancar Aplikasi Sedekah, Netizen Pertikai Niat Murni Vivy Yusof 

Scroll to Top