Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq mencuri tumpuan apabila memberikan ucapan istimewa kepada ibu pelakon dan penyanyi, Bella Astillah iaitu Zarinah sempena ulang tahunnya.
Menerusi video tular di platform TikTok, Saddiq mengucapkan terima kasih kepada Zarina atau lebih mesra dikenali sebagai Eina Astillah kerana membuatkan hari-hari Bella semakin bersinar.
Lebih menarik perhatian, Saddiq bukan sahaja menyampaikan puisi pendek khas untuk ibu selebriti itu, malah turut menggelarkan Bella sebagai ‘my iron lady’.
“Tanpa kasih sayang seorang ibu mustahil untuk mana-mana anak berjaya.
“In every smile love softly stays, you shape the heart in countless ways, through silent, strength and gentle grace. In the brightest of days to the darkest of nights. Thank you for always being the North Star for my Iron Lady, Bella Astillah.
“You made Bella’s world, a brighter place. Selamat Hari Lahir, wanita besi versi original nyang melahirkan lebih ramai wanita besi yang lain,” katanya menyentuh hati ramai.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja apabila Saddiq menggelarkan Bella dengan panggilan tersebut yang dikatakan telah membuktikan mereka benar-benar bercinta.
@budak.tadika Penuhh makna ucapan #syedsaddiq for birthday mama #bellaastillah 🎂☺️ #fyp #fypage #viral #birthday #bass #BASS
Sebelum ini, kemesraan antara Bella dan Saddiq mencuri perhatian ramai apabila mereka beberapa kali dilihat tampil bersama di khalayak.
Malah, timbul spekulasi mendakwa pasangan ini bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Nanti Saya Maklumkan” – Didakwa Dah Bertunang, Bella Astillah & Syed Saddiq Respons




