Rakyat Malaysia sememangnya baik-baik. Tak kira agama, bangsa atau keturunan, semuanya hidup harmoni dalam satu negara.
Walaupun tak semua bersikap ramah, namun kebanyakkannya hidup dalam sebuah keluarga yang harmonis walaupun ada cubaan dari tangan-tangan tidak bertanggungjawab yang sengaja melaga-lagakan keharmonian kita.
Hal ini dapat dilihat menerusi perkongsian seorang YouTuber berbangsa Cina apabila membuat social experiment dengan meminta bantuan orang awam yang tidak dikenali memakai tali leher kerana mahu menghadiri temuduga kerja.
Menerusi muat naiknya di aplikasi TikTok @royroy1228, dia telah berkongsi satu video seorang lelaki yang disapa sebagai ‘uncle’ sedang membantunya memakai tali leher.
@royroy1228 When a jobseeker ask for help with his necktie in Malaysia#tiktokmalaysia
lebih membuatkan ramai sebak adalah tindakan lelaki tersebut yang sempat menitipkan pesan dan memberikan kata-kata semangat sebelum menghadiri temuduga.
Tak hanya itu, menerusi video penuh di saluran YouTubenya, beberapa lagi individu yang ditemui turut sama membantunya memakai tali leher sambil memberikan sedikit pesanan supaya anak muda itu berjaya.
Walau pun situasi tersebut sekadar konten, namun ramai mengakui tersentuh dan terharu dengan keramahan rakyat Malaysia yang sentiasa sudi membantu orang lain.
Sikap sebegini membuatkan kita berasa begitu seronok apabila semua bangsa sebenarnya hidup dalam keadaan baik-baik sahaja seperti keluarga tanpa sebarang permusuhan. Bangga jadi rakyat Malaysia!






Sumber: TikTok @royroy1228, YouTube Leeroy Wong




