[VIDEO] Penerima vaksin dibenar rakam video suntikan, jururawat perlu tunjuk picagari – Utusan Digital

[VIDEO] Penerima vaksin dibenar rakam video suntikan, jururawat perlu tunjuk picagari – Utusan Digital

PUTRAJAYA: Bagi mengelak keraguan berhubung isu vaksin kosong, petugas kesihatan di pusat pemberian vaksin (PPV) diarahkan supaya menunjukkan picagari yang sudah diisi kandungan vaksin kepada penerima sebelum disuntik.

Menteri Penyelaras PICK Khairy Jamaluddin berkata, pada masa sama, penerima vaksin juga dibenarkan merakam video suntikan vaksin masing-masing.

SIDANG akhbar Khairy Jamaluddin menjawab mengenai isu vaksin. – IHSAN TWITTER VAKSIN COVID-19

“Kebenaran itu diberikan supaya anda dan kami ada bukti jelas bahawa suntikan itu berlaku dengan sempurna.

“Kebenaran ini dari saya dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba,” katanya pada sidang akhbar hari ini. – UTUSAN ONLINE

Scroll to Top