Pengurus pelakon, Fattah Amin iaitu Aca atau nama penuhnya, Sakirin Shak tampil berkongsi pandangannya mengenai keperibadian penyanyi, Amira Othman.
Menerusi video siaran langsung tular di platform TikTok, Aca menyifatkan Amira seorang wanita yang sangat berbudi bahasa, taat kepada keluarga, dan merendah diri meskipun lahir dari keluarga kaya raya.
Bukan itu sahaja, Aca turut yakin pelantun lagu Hati-Hati itu akan menjadi seorang isteri mithali kepada suaminya.
“Saya bukan nak puji lebih-lebih, tetapi masya-Allah, Amira sangat baik dan seorang anak baik juga. Kalau dia suatu hari nanti kahwin dengan sesiapa, saya pasti dia akan jadi seorang isteri mithali dan taat.
“Dia juga taat kepada mak ayah, walaupun kaya raya tetapi tak pernah tunjuk apa yang dia dan keluarga ada. Sangat merendah diri, tak macam orang kaya lain,” katanya.
Sementara itu, Aca juga meluahkan rasa kagum dengan cara ibu bapa selebriti itu mendidik anak-anak mereka menjadi seorang yang sangat berbudi bahasa dan tidak dibuat-buat.
“Saya dah kenal lama dengan dia. Sebagai orang luar dari segi mata kasar saya tengok mereka adik-beradik dibesarkan dan dididik dengan baik, walaupun keluarga kaya.
“Irfan (adik Amira) sangat berbudi bahasa, sopan santun. Mereka bukan buat-buat suka orang atau palsu, tetapi memang keluarga yang sangat baik,” katanya lagi.
@cute08628 kredit live Sakirin Shak #masyaallahtabarakkallah #alhamdulillah #doabaikbaik🤲 #fikirbaikbaik #tiktokviral #trending #fyp #viral #fyppppppppppppppppppppppp #malaysia #irfanharis #fattahamin
Sebelum ini, timbul khabar angin mendakwa Amira dan aktor, Fattah Amin akan mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.
Namun begitu, sehingga kini masih tiada sebarang respons daripada kedua-dua belah pihak berhubung dakwaan tersebut.