[VIDEO] Pernah Menangis Gara-Gara Penat, Nora Danish Tetap Gigih Qada Solat Fardhu – “Lama-Lama Okay”

[VIDEO] Pernah Menangis Gara-Gara Penat, Nora Danish Tetap Gigih Qada Solat Fardhu – “Lama-Lama Okay”

Pelakon, Nora Danish mengakui antara cabaran yang perlu dilaluinya sepanjang berusaha untuk istaqamah adalah ‘membayar’ semula solat fardhu yang telah ditinggalkannya sebelum ini terutama ketika di zaman remaja.

Menerusi video temu bual bersama Mingguan Wanita, Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd. Danish Hanif, 43, mendedahkan dia pernah menangis kerana penat sangat perlu qada solat yang pernah ditinggalkannya.

“Setiap kali saya solat fardhu saya akan tambahkan dengan qada solat. Contohnya Zohor empat rakaat, kemudian qada Zohor empat rakaat lagi sehingga saya tamat dalam hidup ni, selamanya.

“Pada awal masa saya buat tu saya memang nangis. Saya penat sangat. Saya cakap Ya Allah penatnya nak kena qada solat ni. Macam banyaknya nak kena buat,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, Nora berkata lama-kelamaan menggantikan solat fardhu sudah menjadi kebiasaan dalam hidupnya kini.

“Tapi lama-lama dia dah okay. Lama-lama kalau solat sekejap tu rasa macam eh kejapnya. Sebab dia dah practice, kita jadi ketagih nak buat macam itu.

“InshaAllah, doakan saya. Nora cakap dekat anak-anak juga sebab memang kena qada solat. Dia membuatkan Nora lebih tenang. Ujian tu ada tapi bila nak handle tu lagi bijak sikit lah,” katanya.

@mingguanwanita

Awal-awal dulu memang saya nangis, penat sangat ganti solat. Tapi lama-lama saya sudah biasa. Perkongsian Nora Danish mengenai kesungguhannya qada solat sememangnya perlu dijadikan panduan terutamanya untuk umat Islam yang bakal menyambut kedatangan Ramadan dalam tempoh sebulan. Semoga bermanfaat. #mingguanwanita

♬ original sound – MingguanWanita – MingguanWanita

Sumber: Mingguan Wanita

Scroll to Top