[VIDEO] Puteri Sarah Terkejut Netizen Banjiri Ucapan ‘Selamat Pengantin Baru’… Tepis Gosip Liar Sudah Berkahwin Semula – “Macam-Macam Hal Ya”

[VIDEO] Puteri Sarah Terkejut Netizen Banjiri Ucapan ‘Selamat Pengantin Baru’… Tepis Gosip Liar Sudah Berkahwin Semula – “Macam-Macam Hal Ya”

Pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana terkejut apabila dibanjiri dengan ucapan ‘selamat pengantin baru’ ketika membuat siaran langsung di TikTok, baru-baru ini.

Menerusi sebuah video tular di platform tersebut, Puteri Sarah mempersoalkan komen-komen netizen yang memberi kata-kata tahniah seolah-olah dakwaan dirinya sudah berkahwin buat kali kedua itu benar.

Bagaimanapun, bekas isteri kepada pelakon dan pengarah sensasi, Syamsul Yusof ini menepis gosip liar tersebut.

“Kenapa selamat pengatin baru? Adakah awak semua masuk ke ‘live’ saya sebab ingat saya sudah kahwin?

“Wow! Banyaknya khabar angin.. mana suami saya? Hello suamiku, tak ada pun.

“Saya tak ada dekat Malaysia, macam-macam hal. Saya kahwin la, itu la ini la. Dahsyat betul. Saya pun tak tahu saya dah kahwin,” katanya.

@puterisarahfanss_

#puterisarahliyana #andiarsyil #arasyimalaysia #lumiermalaysia #story🌷🤍 #🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍 #fypppp #fypviralシ #fypppppppppppppp #fypppppppppppppp #fypppppppppppppp #fypppppppppppppp

♬ bunyi asal – PUTERI SARAH LIYANA FANS – PUTERI SARAH LIYANA FANS

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar Puteri Sarah akan berkahwin dengan seorang suami yang baik.

Sekadar info, Puteri Sarah pernah berkahwin dengan Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014 namun mereka sah bercerai talak satu pada 14 Jun 2023.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 5.

Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Dedah Ada Pihak Cuba Sebar Fitnah & Pecah Belahkan Keluarga,  Patimah Ismail Titip Doa Mohon Kuat

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Peminat Minta Berlakon Dengan Jefri Nichol? Ini Respons Puteri Sarah – “Takut Jadi Yang Ke-22 Pula”

Scroll to Top