[VIDEO] Rajin Bantu Isteri Urus Rumah & Jaga Anak, Remy Ishak Dipuji Suami Mithali

[VIDEO] Rajin Bantu Isteri Urus Rumah & Jaga Anak, Remy Ishak Dipuji Suami Mithali

Pelakon terkenal, Datuk Remy Ishak memaklumkan dia seorang lelaki yang tidak boleh duduk berdiam diri di rumah tanpa melakukan sebarang aktiviti.  

Menerusi satu hantaran di TikTok, Remy, atau nama penuhnya, Mohammad Zalimei Ishak, 43, berkongsi dia lebih senang meluangkan masa dengan membantu isterinya, Ezza Yusof, menguruskan anak mereka, Tuah Alam, terutamanya ketika tiada komitmen kerja di lokasi penggambaran.

“Percaya atau tidak, saya memang tak suka berehat. Bila tiada ‘shooting’, saya tak boleh duduk diam. Kalau di rumah, saya ambil alih jaga anak untuk ringankan beban isteri,” katanya.

Hantaran tersebut memaparkan pelakon filem Keluang Man itu sedang menjalankan rutin harian seperti mengemas rumah, menguruskan anak serta beriadah, sekali gus mencerminkan sisi tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan bapa.

Menurut Remy lagi, semua yang dilakukan itu lahir daripada kesedaran sendiri tanpa sebarang paksaan daripada isteri tercinta.

“Isteri tak pernah paksa atau suruh pun. Tapi saya anggap itu memang tanggungjawab saya. Lagipun saya jenis yang tak reti duduk diam,” jelasnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji aktor filem Pulang itu seorang suami mithali kerana tidak semua para lelaki yang mampu meringankan beban isteri.

@remyishaktiktok

percaya tak kalau aku cakap aku tak suka sangat berehat 😂 Hari takde shooting aku tak suka goyang kaki. Bila kat rumah, aku akan ambil alih tugasan, ringankan beban isteri. Wife tak paksa & suruh pun, tapi sebab aku rasa tu tanggungjawab & aku memang tak boleh duduk diam 🤣 #kuasakauKAW @Alicafe Malaysia

♬ Success And Creation – MeridianMusic

Scroll to Top