[VIDEO] “Saya Dah Terkenal Dari Umur 17 Tahun, Makcik B*doh Ke?” – Didakwa ‘Mencapap’, Rebecca Nur Al Islam Bidas Isteri Aliff Syukri

[VIDEO] “Saya Dah Terkenal Dari Umur 17 Tahun, Makcik B*doh Ke?” –  Didakwa ‘Mencapap’, Rebecca Nur Al Islam Bidas Isteri Aliff Syukri

Pelakon, Rebecca Nur Al Islam tampil membidas kenyataan isteri kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Shahida yang telah mendakwanya sebagai individu ‘gila’ publisiti murahan.

Menerusi perkongsian video di Instagram (IG), Rebecca meluahkan rasa berang apabila difitnah ‘mencapap’ selepas sering berkongsi foto abang sulungnya yang juga suami kepada ibu Aliff, Bonda Rozita Ibrahim.

“Sebagai keluarga dan adik, saya bangga untuk ada kakak ipar baru. Jadi saya rasa tiada masalah untuk saya berkongsi gambar atau apa saja yang makcik ni tak puas hati.

“Dia kata saya mencari publisiti yang murahan? Hello makcik, saya ni dari umur 17 tahun orang dah kenal atas kaki saya sendiri. Saya tak terkenal sebab suami saya glamour, suami kaya atau mak mertua kaya,” katanya.

Dalam muat naik sama, Rebecca juga menganggap kenyataan Shahida yang mengatakan dirinya tiada kaitan itu seolah-olah tidak berasas.

“Satu lagi benda dia kata saya ni tiada kena mengena. Adakah makcik ini bodoh atau tak menggunakan akal fikiran? Kalau saya tak ada kena mengena untuk apa saya bercakap.

“Saya bukannya muat naik satu gambar tanpa izin keluarga ataupun suka-suka hati saya. Saya dan keluarga sangat bangga sebab abang yang kahwin ni adalah abang pertama saya.

“Kami adik-beradik sangat rapat dan sayang sangat antara satu sama lain. Jadi bila mereka kahwin sudah tentu kami gembira.

“Saya rasa makcik bodoh sebab makcik cakap saya tak ada kena mengena padahal makcik yang tak ada kena mengena sebab hanya menantu, saya ni adik beradik,” tambahnya.

Sebelum ini, tular sebuah video di platform TikTok memaparkan Shahida mengkritik Rebecca suka menumpang populariti dan mencapap.

Artikel Berkaitan: Luah Rasa Berang, Netizen Dakwa Isteri Aliff Syukri Sindir Rebecca Nur Al Islam ‘Mencapap’? – “Tak Habis Kakak Iparku…”

Scroll to Top