[VIDEO] “Saya Terinspirasi Dengan Ammar Ahyan” – Nazim Othman

[VIDEO] “Saya Terinspirasi Dengan Ammar Ahyan” – Nazim Othman

Pelakon, Nazim Othman mencuit hati ramai selepas menyatakan anak sulung usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan sebagai sumber inspirasi.

Menerusi sepotong video sesi siaran langsung tular di TikTok, Nazim atau nama lengkapnya, Nushrul Alif Othman, 41, mengakui Ammar juga menjadi punca mengapa dia mula menceburi bidang perniagaan.

“Saya berniaga sebab Ammayan saja. Kalau orang lain berniaga saya tak rasa pun nak cuba berniaga di siaran langsung ni. Dia adalah inspirasi saya,” katanya ringkas.

Sementara itu, Nazim dengan berseloroh menyatakan lagu Patriotik berjudul Nyalakan Tekad yang disukai oleh Ammar Ahyan turut diminati olehnya.

“Lagu Kebangsaaan yang dia suka juga adalah lagu tema saya sekarang. Tadi saya malas nak pergi gym tapi bila buka lagu tu saya terus pergi.

“Bila awal berniaga tadi rasa macam nak marah sebab rasa tak sesuai dengan mulut manis. Saya hampir tak jadi berniaga.

“Saya buka lagu Kebangsaan untuk menaikkan kembali semangat saya. Terima kasih kepada Ammar Ahyan,” katanya.

Scroll to Top