Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila secara terbuka mengakui dirinya terpesona dengan nyanyian penyanyi dan pelakon terkenal, Bella Astillah.
Momen tersebut dirakam dalam satu potongan video siaran langsung yang kini tular di TikTok yang memaparkan Saddiq memberikan ucapan istimewa kepada Bella ketika mereka berada di sebuah pulau indah di Semporna, Sabah.
Menerusi sebuah potongan video siaran langsung disunting ke platform TikTok, Saddiq sedang memberikan ucapan dihadapan Bella ketika mereka berada di sebuah pulau terletak si Semporna, Sabah.
“Saya cuma nak katakan bahawa ini bukan kali pertama, dan sudah pasti bukan kali terakhir saya mendengar Bella menyanyi dengan begitu luar biasa.
“Tetapi kali ini lebih istimewa – di tengah lautan yang tenang, jauh dari kesibukan kota, selepas seharian menjalani pelbagai aktiviti bersama.
“Saya boleh katakan, saya benar-benar terpesona dengan Bella,” ujarnya.
@grumpymunchkin_bbss BAHAGIAA TERUS BASS 😭🥹♥️♥️🤍 @Bella Astillah @Syed Saddiq #xyzabc #4u #foryou #syedsaddiq #bellaastillah #bass #bellasaddiq
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen seolah-olah menjadi tidak keruan selepas mendengar kenyataan daripada Saddiq mengenai Bella itu.
Malah, ramai dalam kalangan mereka yang mendoakan agar Saddiq dan Bella bersatu hingga ke alam perkahwinan.
Menariknya, ibu kepada Saddiq, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz, sebelum ini pernah memuji peribadi Bella yang baik, manakala abangnya, Syed Abdullah, turut memberi ‘lampu hijau’ kepada hubungan mereka.
Terdahulu, Bella atau nama penuhnya Dayang Ara Nabella Astillah, 30, menegaskan bahawa kemesraan mereka bukan sekadar gimik atau strategi pemasaran.
Sejak kebelakangan ini, nama Saddiq dan Bella semakin menjadi perhatian, lebih-lebih lagi selepas beberapa video mesra mereka tular di media sosial.
Malah, pasangan ini juga mencipta kenangan indah bersama dengan menawan puncak Gunung Kinabalu.
Artikel Berkaitan: Abang Syed Saddiq ‘Restu’ Hubungan Adik & Bella Astillah – “Seratus Peratus Comel Kan”
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pernah Berbual 15 Minit, Ibu Syed Saddiq Puji Bella Astillah Baik, Lembut & Ada Rupa Paras – “Hubungan Mereka Seperti ‘Romeo & Juliet’”
Artikel Berkaitan: Dah Ada Nama Manja Baru, Bella Astillah Siap Beri ‘Amaran’ Pada Syed Saddiq Jangan Jadi Buaya




