[VIDEO] Sebak! Rindu Arwah Ibu, Ubai MZ Kongsi Voicenote Terakhir

[VIDEO] Sebak! Rindu Arwah Ibu, Ubai MZ Kongsi Voicenote Terakhir

Suami kepada penyanyi popular, Shila Amzah iaitu Ubai MZ mencuri perhatians elepas berkongsi ‘voicenote’ terkahir Allahyarham ibunya, Rohani Jamal.

Menerusi perkongsian di TikTok, Ubai berkongsi perkara itu sebagai cara meluahkan rasa rindunya buat ibu tercinta.

Video pendek dengan latar gambar hitam putih dan lagu latar berjudul Kenangan Terindah dari Kumpulan Samson itu adalah pesanan terkahir mengenai pertukaran waktu melawat hospital yang ditujukan kepada anaknya.

“Hello Ubai waktu melawat mak dah bertukar ya, 12 tengah hari hingga 2 petang dan 5 petang hingga 7 petang,” kongsinya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rat awarganet meluahkan rasa sebak terhadap hantaran berkenaan sekaligus mendoakan agar Ubai sentiasa kuat.

Sekadar info, Allahyarham ibu tercinta Ubai menghembuskan nafas terakhir pada 30 Julai tahun lalu, jam 6.45 petang.

 

Scroll to Top