[VIDEO] Secara Spontan Kata #BASS Salah Tema Baju, Hos Live Didakwa Buat Peminat Marah – “Sila Mohon Maaf”

[VIDEO] Secara Spontan Kata #BASS Salah Tema Baju, Hos Live Didakwa Buat Peminat Marah – “Sila Mohon Maaf”

Baru-baru ini, seorang pengacara hangat menjadi perbualan ramai di media sosial susulan tindakannya yang didakwa telah mengkritik penyanyi dan pelakon, Bella Astillah.

Menerusi video tular di platform TikTok, pengacara tersebut difahamkan secara spontan telah menjadi ‘live host’ untuk seketika waktu dalam sesi siaran langsung milik pengasas Inayah Beauty, Dini Latifi di sebuah acara.

Pengacara itu mengakui terkejut apabila siaran langsung tersebut mencecah sebanyak 13,000 penonton yang rata-ratanya adalah peminat #BASS (gabungan nama Bella dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq) di acara tersebut.

“Ini live owner dia yang belah kiri tu. Korang sibuk nak tengok orang lain, apa korang ni? BASS korang salah pakai baju.

“Orang suruh pakai baju putih, dia pakai baju biru. Tak faham aku, kan dah salah tema,” katanya dalam siaran langsung tersebut.

Kenyataan itu telah mencetuskan amarah dalam kalangan netizen sehingga mengesa pengacara tersebut untuk memohon maaf kepada Bella.

@bellaastillahsyedsaddiq7

#bellaastillah #syedsaddiq #foryoupageofficiall #sweetcoupleBASS #kasitrending #fyppppppppppppppppppppppp #foryoupage

♬ original sound – 𝐓𝐄𝐀𝐌 𝐁𝐀’𝐒𝐒 [OFFICIAL] – 𝐓𝐄𝐀𝐌 𝐁𝐀’𝐒𝐒 [OFFICIAL]

Susulan itu, menjengah ke akaun TikTok pengasaas Inayah, Dini dalam satu kenyataan menjelaskan individu yang mengendalikan sesi siaran langsungnya buat sementara waktu itu bukan salah seorang pekerjanya.

“Maaf atas kekhilafan host. Itu bukan staf Inayah beauty. Kami pun peminat #BASS. Bella pun dah empat tahun bersama kami, kami sayang Bella. Jangan boikot kami,” katanya.

Scroll to Top