Pempengaruh, Kasih Iris Leona mencuri perhatian warganet selepas membuat pengakuan kini dirinya lebih tertarik dengan lelaki Sepanyol.
Menerusi satu hantaran video yang tular di platform TikTok, Leona yang juga anak kepada pelakon terkenal Azhar Sulaiman itu berkata demikian ketika sedang bercuti di negara tersebut.
“Saya akan berhenti belajar Mandarin kerana lelaki Sepanyol kini lebih menepati cita rasa saya, dan saya akan belajar bahasa Sepanyol,” katanya.
Kenyataan bersahaja Kasih itu menerima pelbagai komen lucu dan sokongan daripada netizen yang rata-ratanya terhibur dengan pendirian spontan gadis berusia 21 tahun itu.
@leonathe2nd im serious
Sebelum ini, Leona mencuri tumpuan apabila mengaku lebih tertarik dengan lelaki berusia dan botak berbanding lelaki muda dan yang seusia dengannya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kasih Iris Leona Mengaku Lebih Suka Lelaki Botak & Berusia – “Saya Lalui Malam Yang Gila! Tapi Lelaki Muda Seperti Budak”




