Video siaran langsung pembedahan di China papar bahagian sulit pesakit

Video siaran langsung pembedahan di China papar bahagian sulit pesakit
Video siaran langsung pembedahan di China papar bahagian sulit pesakit

Siaran langsung yang mencetuskan kontroversi di China. Foto tular sosial media

BEIJING – Sebuah hospital di China dikecam selepas video siaran langsung sesi latihan pembedahan yang memaparkan bahagian sulit seorang pesakit wanita ditonton lebih 50,000 orang.

Kejadian pada 2 Februari lalu dikatakan dibuat bagi tujuan latihan kakitangan perubatan lapor HK01.

Video berdurasi kira-kira empat minit itu menunjukkan pesakit terlentang di meja pembedahan dengan bahagian bawah badan terdedah tanpa perlindungan jelas.

Siaran tersebut menerima pelbagai komen sebelum dipadam selepas dilaporkan kepada pihak platform siaran berkenaan.

Tindakan itu mencetuskan kemarahan netizen yang mempersoalkan sama ada pesakit telah memberi persetujuan untuk dirakam dan disiarkan.

Mereka menegaskan, walaupun untuk tujuan pendidikan, privasi pesakit perlu dilindungi dan tidak wajar dipaparkan secara terbuka.

Pihak hospital dalam kenyataan memaklumkan siaran itu adalah sesi latihan dalaman dan bukan untuk tontonan umum.

Ketua jabatan terlibat diberi peringatan serius serta digantung tugas sementara siasatan dijalankan.

Hospital turut memadam semua pautan dan akaun berkaitan bagi mengelakkan penyebaran lanjut.

Isu itu mencetuskan perbincangan meluas di China mengenai etika serta perlindungan privasi pesakit dalam penggunaan teknologi digital bagi pendidikan perubatan.

Ringkasan AI

  • Sebuah hospital di China dikecam kerana siaran langsung latihan pembedahan dengan paparan bahagian sulit pesakit wanita
  • Video tersebut ditonton lebih daripada 50,000 kali sebelum dipadam
  • Netizen marah dan mempersoalkan tentang persetujuan pesakit
  • Hospital menyatakan siaran itu untuk latihan dalaman, bukan publik dan telah mengambil tindakan terhadap ketua jabatan
  • Isu ini membangkitkan perbincangan tentang etika dan privasi dalam penggunaan teknologi digital dalam pendidikan perubatan
Scroll to Top