[VIDEO] Siti Jamumall Dakwa Aiman Tak Kesah Hanya Buat ‘Content’ Isu Nafkah? – “Dia Cakap Bagi Tapi Ambil Balik”

[VIDEO] Siti Jamumall Dakwa Aiman Tak Kesah Hanya Buat ‘Content’ Isu Nafkah? – “Dia Cakap Bagi Tapi Ambil Balik”

Pempengaruh, Siti Jamumall mendakwa bekas suaminya, Aiman Tak Kesah hanya membuat content berhubung isu nafkah terhadapnya, baru-baru ini.

Menerusi sebuah video siaran langsung di TikTok, Siti tidak menafikan Aiman atau Khairul Aiman Abdul Kudus, 21, ada menghubunginya, namun menegaskan dia tidak akan sesekali mengangkat panggilan telefon daripada bekas suaminya itu.

“Dia call sampai tujuh kali, patutlah. Untuk content lah tu. Saya tak nak cakap banyak mengenai benda ni. Saya tak akan angkat call dia sebab saya tahu dia hanya buat content. Transfer saja la duit itu,” katanya.

Dalam video tular di platform TikTok, Siti membuat reaksi wajah seolah-olah meluat ketika menonton sesi siaran langsung Aiman yang membuat pembahagian nafkah terhadap ibunya dan bekas isteri.

Sementara itu, Siti yang kini sedang hamil lima bulan itu turut mendakwa Aiman pernah memberinya nafkah namun dia mengambil semula duit itu dihadapan ibu mentuanya.

“Nanti korang tolong bagi tahu dia apa tanggungjawab dia sebagai seorang lelaki, ya.

“Itu hari dia bagi nafkah. Dia acah saja bagi duit lepas tu nanti dia ambil balik,” kata salah seorang individu yang dipercayai ahli keluarga Siti.

Malah, ibu Siti turut mengesahkan perkara demikian mengatakan perbuatan tersebut berlaku dihadapannya.

@syikin.ekin3

Aiman tsk kisah lepas tangan soal nafkah siap buat konten kata bg nafkah tapi tak pun Rupanya tayang duet jaa bagi tak pun#viral #sitijamumall #aimantakkesah #4u

♬ bunyi asal – Cik shie💔 – Cik shie💔

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aiman Tak Kesah Dapat RM2,500 Hasil Live Dengan Aliff Syukri, Tetap Bahagi Nafkah Pada Ibu & Siti Jamumall – “Kena Adil, Bagi Ikut Kemampuan”

Scroll to Top