Usahawan, Ridzuan Ridzokumura mencuri tumpuan selepas memuat naik sebuah video memaparkan anaknya, Sky Taizo Okumura sedang menunaikan ibadah solat.
Menerusi hantaran dimuat naik di platform TikTok, Ridzo memaklumkan anak tunggalnya itu tidak mahu meninggalkan solat fardhu kerana mahu menyampaikan doa buat allahyarham ibunya, Akiko Okumura.
“Alhamdulillah, banyak lagi Sky dan saya kena belajar. Sky kata dia tak nak tinggal solat sebab selepas solat dia nak berdoa untuk arwah ibunya,” tulis Ridzo.
Meninjau ke ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen meluahkan rasa terharu dan memuji Sky seorang anak yang baik.
Malah, netizen juga turut mendoakan agar Sky terus istiqamah dalam menjaga ibadah solatnya.
@ridz_okumura Alhamdulillah banyak lgi sky dan saya kena belajar🥰❤️🙏🏻 sky kata dia tak nk tinggal kan solat sbb selepas solat sky sentiasa berdoa untuk arwah ibu nya🥰🇯🇵🇲🇾
Terdahulu, Akiko meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat empat kondominium kediaman mereka terletak di Subang Jaya pada 28 Februari lalu.
Sekadar info, Ridzo dan Akiko berkahwin pada Februari 2009 dan hasil perkonhsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Sky Taizo Okumura.
Artikel Berkaitan: Ridzokumura Reda, Mengaku Duit Milik Arwah Isteri Bernilai RM70,000 Hilang -“Nanti Jawablah Dengan Tuhan”
Artikel Berkaitan: Ridzuan Ridzokumura Kenang Allahyarham Akiko Sebagai Isteri Penyayang – “16 Tahun Tanpa Kawan, Dia Korbankan Segalanya Demi Saya…”