Video ‘sound’ warga emas tular, influencer dikompaun kerana langgar SOP

Selepas video infleuncer dan usahawan terkenal dikatakan memarahi seorang warga emas tular, pelbagai pihak telah tampil menzahirkan rasa bengang di laman sosial.

Mana tidaknya, dapat dilihat reaksi tidak berkutik warga emas berkenaan selepas dipermalukan di hadapan orang ramai selepas kisah silamnya dipertanyakan oleh infleuncer tersebut.

Susulan daripada video yang tular berkenaan, wartawan daripada Astro Awani telah menulis menerusi Twitternya @FareezAzmann bahawa Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohamad Zainal Abdullah memaklumkan pihak polis telah memanggil lelaki terbabit dan dia dikenakan kompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Tambahnya, usahawan tersebut yang juga suami kepada pemilik butik pakaian wanita terkenal telah dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 kerana tidak memakai pelitup muka.

Dia telah dipanggil ke IPD Dang Wangi untuk memberikan keterangan.

“Dalam hal ini, polis telah keluarkan kompaun kepada individu tersebut kerana tidak memakai pelitup muka,” kata ACP Mohamad Zainal.

Terdahulu, video usahawan yang dikatakan bercakap kasar kepada seorang warga emas di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur telah mendapat perhatian ramai.

Rata-rata berasa geram melihat tindakannya yang dianggap kurang ajar kerana memanggil pakcik berkenaan dihadapan ramai orang dan memberikan RM50 atas keberaniannya tampil menjawab pertanyaan dilontarkan influencer tersebut.

Sumber: Twitter @FareezAzmann, @IbuPeri_