[VIDEO] Suami ‘Kantoi’ Back Up Adik Tengah Live, Netizen Komen: “Kesian Bonda Rozita Dapat Suami Toksik”

[VIDEO] Suami ‘Kantoi’ Back Up Adik Tengah Live, Netizen Komen: “Kesian Bonda Rozita Dapat Suami Toksik”

Usahawan sensasi yang juga ibu kepada Datuk Seri Aliff Syukri iaitu, Bonda Rozita Ibrahim mencuri perhatian selepas sepotong video pendek yang dikongsikan di platform TikTok tular.

Menerusi video berdurasi 41 saat itu, Bonda Rozita kelihatan sedang membuat sesi siaran langsung bersama pengikutnya sebelum menerima panggilan dari suami yang juga abang sulung kepada aktres, Rebecca Nur Al Islam iaitu Ustaz Khairul.

Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian adalah, Khairul seakan menegur tindakan Rozita yang dilihat mengulas mengenai isu salah faham membabitkan adiknya dan juga isteri kepada usahawan selebriti, Aliff Syukri iaitu Datin Shahida.

“Sayang, aduhai. Tadi kan saya baru cakap semalam kita dah bincang. Saya tengok awak punya live ni.

“Saya nak ketengahkan dekat awak, benda ni penting. Saya nak cakap sekejap sahaja,” katanya.

Kurang senang dengan tindakan suaminya, Rozita bagaimanapun menyerahkan telefon bimbitnya itu kepada pembantunya.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet meninggalkan pelbagai respons pada hantaran berkenaan.

Malah, ramai yang berasa kurang senang dengan tindakan suaminya itu yang secara terang-terangan menegur tindakan isterinya.

Scroll to Top