Bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal, mencuri perhatian netizen apabila secara tidak sengaja termakan daging khinzir ketika sedang bercuti di China.
Menerusi hantaran di TikTok miliknya, Syasya memuat naik sebuah video ketika berada di sebuah restoran.
Dalam video berkenaan, suami Syasya, Nasrullah bertanya kepada cef restoran tersebut sama ada semua hidangan yang disediakan halal atau sebaliknya.
Namun tanpa disedari, Syasya terlebih dahulu telah mengambil daging babi yang disangka halal.
“Itulah bila dekat China ni, ingat label halal tu untuk semua makanan… rupa-rupanya hanya merujuk kepada satu menu sahaja. Pengajaran, lain kali kena periksa betul-betul,” tulisnya pada kapsyen video tersebut.
Meninjau ruangan komen, Syasya turut mengakui dirinya berasa mual sebaik menyedari kesilapan berkenaan.

Bagaimanapun, video berkenaan telah dipadam daripada akaun TikTok miliknya tidak lama selepas dimuat naik.




