Penyanyi dan pelakon Roslan Shah didakwa mencuri duit bernilai SGD 20,000 (RM66,000) milik pempengaruh dan usahawan popular Singapura, Mangobossku.
Mangobossku atau nama sebenarnya, Mohammad Hussin Said yang merupakan usahawan kunafa popular Kota Singa memuat naik video TikTok yang mendakwa wang miliknya dijumpai berada di dalam beg milik Roslan.
“Duit hilang 20K dia cakap dia tak ambil. Tapi duit dalam beg? Jadi siapa yang curi?” tulisnya di ruangan kapsyen.
Dalam video yang berdurasi lebih dua minit itu, penyanyi menyangka Mangobossku melakukan ‘prank’ ke atas dirinya namun keadaan menjadi serius selepas duit bernilai SGD20,000 itu dijumpai dalam beg milik Roslan.
@mangobossku3 DUIT HILANG2 20K DIA CAKAP DIA TAK AMIK! TAPI DUIT DALAM BAG? JADI SAPE YANG CURIK? #FYP #fypp #trenddingvideo #mangobosskukunafa #thegodfathermangobossku #mangobosskunewborn #fypage #trending #fypsingapore🇸🇬 #fypシ゚viral🖤tiktok #fyppppppppppppppppppppppp #CapCut #mangobosskulocalsg #fyp #fypmalaysia🇲🇾 ♬ original sound – TheGodfather Mangobossku
Seakan kesal dituduh mencuri duit, Roslan menangis teresak-esak menafikan perkara terbabit dan mempertahankan diri.
Video yang dimuat naik oleh Mangobosku itu mendapat hampir 200,000 tontonan di laman sosial TikTok dan mendapat pelbagai reaksi warganet.
Ada peminat yang menzahirkan rasa simpati terhadap Roslan serta ada juga warganet yang membuat spekulasi penyanyi itu dianiaya.
Namun begitu, ada yang memberikan komen mengatakan ia hanya sekadar gimik pemasaran mereka dan video tersebut hanya sekadar ‘content’ semata-mata.
Sementara itu, menerusi kemas kini Instagram Stories, Roslan memuat naik kata-kata seakan mempertahankan dirinya.
“Harap maaf, Cik Lan mengaku berdiam diri bukan bererti salah. Harap maklum!” tulisnya.
Cubaan untuk menghubungi Roslan gagal selepas penyanyi lagu Rojak Maznah Ke Tuu itu tidak menjawab panggilan telefon serta tidak membalas pesanan WhatsApp.