[VIDEO] Tinggalkan Malaysia, Ben Amir Mulakan Kehidupan Baru Di Pulau Siargo Filipina?

[VIDEO] Tinggalkan Malaysia, Ben Amir Mulakan Kehidupan Baru Di Pulau Siargo Filipina?

Pelakon, Ben Amir memaklumkan kini dirinya telah memulakan kehidupan baru di sebuah pulau terletak di Filipina.

Menerusi sebuah video dimuat naik di YouTube miliknya, Ben atau nama lengkapnya, Muhammad Amir Sabaruddin, 35, berkongsi perancangannya untuk membina rumah serta memulakan perniagaan di Pulau Siargao.

“Baru-baru ini, saya ambil keputusan besar untuk tinggalkan kehidupan bandar dan mulakan hidup baru di sebuah pulau indah bernama Siargao.

“Tapi sekarang ni saya nak biasakan diri dengan kehidupan pulau. Berkenalan dengan orang baru, belajar budaya warga Filipina dan adab mereka.

“Saya memulakan hidup baru di sini, membina impian saya dari bawah. Sekarang, saya sedang menyiapkan rumah, vila, perniagaan dan tak lama lagi, saya akan mula mengusahakan ladang kecil saya sendiri,” katanya dalam video itu.

Dalam video tersebut, Ben kelihatan gembira dan tenang menikmati kehidupannya di pulau tersebut.

Tinjauan XTRA mendapati, sekitar Disember 2023 Ben pernah memuat naik hantaran di platform X yang memberi bayangan mengenai keinginannya untuk berhijrah ke luar negara.

Scroll to Top