[VIDEO] Ummi Nazeera Mahu ‘Berubah Angin’, Syukur Suami & Abang Banyak Beri Sokongan – “Kali Ini Saya Pula Menganiaya”

[VIDEO] Ummi Nazeera Mahu ‘Berubah Angin’, Syukur Suami & Abang Banyak Beri Sokongan – “Kali Ini Saya Pula Menganiaya”

Sering membawa watak sebagai ‘wanita teraniaya’, pelakon versatil Ummi Nazeera tidak menafikan dia cuba untuk berubah angin dalam ‘genre’ lakonannya di tahun baharu 2025.

Ketika ditemui XTRA, Ummi Nazeera atau nama lengkapnya, Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin, 35, membuat keputusan untuk meletak ‘noktah’ untuk memegang watak wanita teraniaya.

“Saya tiada masalah untuk membawa watak wanita teraniaya, malah itu adalah watak yang sudah sebati dengan jiwa saya. Tetapi, untuk tahun 2025 ini saya mahu letak ‘fullstop’, cuba menukar arah lakonan saya.

“Sebab itu saya ada berbincang dengan pengarah dan penulis skrip untuk watak Salina ini kerana risau sekiranya penonton bosan dengan ‘stigma’ watak tersebut.

“Saya cakap kepada direktor cabar saya, biarkan saya buat sesuatu yang saya dah lama tak buat dan itu direktor bersetuju, beri peluang untuk saya ‘menganiaya’ pula kali ini,” katanya.

Ummi berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di sesi penggambaran bagi mempromosikan sebuah drama arahan Pali Yahya yang diadakan di Seri Pentas, Bandar Utama, Kuala Lumpur, pada Selasa.

Tidak menafikan watak sedemikian turut mencabar emosi dan jiwa, Ummi bagaimanapun meluahkan rasa syukur apabila dikelilingi dorongan keluarga, suami tercinta, Dr. Mohd Izzar, abangnya, Nazreem Musa serta anak-anak.

“Saya ada ‘orang rumah’, Alhamdulilah. Saya ada support sistem yang sangat memahami. Bukan sahaja suami, tapi juga anak-anak saya, ibu serta abang saya. Kalau saya kerja, suami nampak saya macam ‘moody’ dia akan beri saya masa untuk ‘bertenang’.

“Bila saya rasa macam ‘lost’ sekejap, tempat saya nak cari Ummi Nazeera semula ada dengan abang saya. Kami terlalu rapat. Setiap hari akan facetime, dia sorang je abang saya. Dia lah yang banyak memberi sokongan kepada saya, dari segi mental emosi. Alhamdulillah,” katanya lagi.

Scroll to Top