[VIDEO] “Unfollow Sekali, Aku Tak Nak Tengok Hidup Kau” –  Azfar Heri Perli Siapa Tu?

[VIDEO] “Unfollow Sekali, Aku Tak Nak Tengok Hidup Kau” –  Azfar Heri Perli Siapa Tu?

Pempengaruh media sosial, Azfar Heri seakan meluahkan perasaan kecewa apabila meninggalkan pesanan sarkastik menerusi video yang dimuat di platform media sosialnya baru-baru ini.

Meskipun tidak menyebut nama mana-mana pihak, namun Azfar menegur tindakan individu tersebut yang didakwa sesuka hati mengikuti (follow)  dan kemudian tidak mengikuti (unfollow) di media sosial dengan tujuan supaya akaun tersebut kelihatan estetik.

“Hei kepada yang suka whatever lah unfollow orang ke apa kan? Unfollow aku sekali.

“Kau dah follow orang, unfollow aku sekali. Aku tak nak tengok hidup kau. Sebab kau tak nak tengok hidup aku.

“Aku pun lagilah tak nak tengok hidup kau.

“Jenis yang unfollow orang ni kononnya nak kecilkan following. Nak bagi nampak macam estetik macam tu ye.

“Tiba-tiba following tinggal 1 daripada beribu-ribu tu kan. Sebab apa? Sebab macam estetik macam tu kan. I dont know lah untuk apa kan. Remove lah aku sekali.

“Kalau boleh follower kau biar tinggal 3 orang je, barulah estetik.

”Lumrah hidup kan, tapi removelah kita as your followers sekali. Kita pun tak nak tengok hidup awak juga.

“Dia macam dine lah kau nak unfollow orang tu, you have a your own reason. Tapi tak tahulah,” katanya.

Bagaimanapun, menerusi ruangan balas, terdapat segelintir netizen memetik beberapa nama selebriti di ruangan komen antaranya;

 

 

Scroll to Top