Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali menjadi sebutan ramai apabila vokalnya sekali lagi dikritik.
Menerusi video tular di platform TikTok, Nabila atau nama lengkapnya, Nur NabilaMohd. Razali, 33, ketika itu menjadi tetamu di majlis di National Training Week, 2025 berlangsung di Ipoh, Perak.
Video yang dikongsikan oleh seorang individu itu memaparkan Nabila sedang menyanyikan lagunya yang berjudul ‘Pematah Hati’ sehingga menimbulkan pelbagai reaksi netizen.
@somebody_silent Bila nabila razali betul² depan kau 😅 #nabilarazali #cumicumi #hdcorp #fyp #masukberandafyp #masukfyp #fypシ゚viral
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut apabila vokalnya seakan tidak merdu seperti sebelum ini.
Namun begitu, ada dalam kalangan netizen yang dipercayai peminatnya telah mempertahankan Nabila mengatakan dia baru sahaja melahirkan anak sulung, Nik Muhammad pada 23 Disember 2024.

Sekadar info, Nabila dan pasangannya, usahawan Nik Iruwan Nik Izani berkahwin pada 18 November 2023.



