Kejelitaan pelakon dan usahawan terkenal, Nur Fazura sekali lagi menjadi bualan netizen selepas wajahnya tanpa secalit solekan tular di media sosial.
Menerusi sebuah video tular di TikTok, selebriti berusia 41 tahun itu dilihat sedang membungkus makanan di sebuah premis.
Namun, apa yang mencuri perhatian ramai adalah wajah Fazura yang tampil polos tanpa mekap, namun tetap kelihatan berseri dan menawan.
Bukan itu sahaja, penampilannya yang sopan mengenakan jubah dan tudung hitam turut dipuji netizen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan kekaguman terhadap kecantikan asli aktres filem popularnya Manisnya Cinta Di Cappadocia yang dikatakan semakin ayu dan awet muda meskipun berpenampilan ringkas.
@anapatinhouse NASI CAMPUR LAYAN DIRI BERSAMA FAZURA “Everyone Deserves Great Food” RESTORAN ANA PATIN HOUSE 50-1 Jalan PJU 7/16, 📍 MUTIARA DAMANSARA , 📍 47800 Petaling Jaya, Selangor. Business Hours : ⏰ 11 am — 7 pm ( Tutup : ISNIN ) ☎️ 03-7733 7377 WA : 014- 7377 323 ✅ Nasi Campur (Lauk Kampung) ✅ Masakan Kampung ✅ Pre Order / Dine in ✅ Ala Carte Menu ✅ Nasi Berlauk Layan Diri ✅ Take Away ✅ Drive Thru / Pandu Lalu ✅ Delivery Service ✅ Catering Services ✅ Private Event / Private Room HALAL | SEDAP | BERSIH Hanya yang terbaik dan berkualiti di ANA PATIN HOUSE @ Mutiara Damansara