Usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri teruja apabila biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memberikan sokongan terhadap produk keluarannya.
Menerusi sepotong video tular yang dikongsikan di platform TikTok, Aliff bersama anak lelakinya, Ammar Ahyan sedang melakukan sesi live di TikTok sambil menjual beg tangan miliknya.
Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian adalah ketika pengikut di platform berkenaan memaklumkan, Siti telahpun membeli beg tangan berwarna hitam milik Aliff.
“Betul ke Datuk Siti beli? Betul ke? Datuk Siti beli color apa?
“Terima kasih support kami berniaga, kita cari rezeki. Terima kasih, alhamdulillah.
“Terima kasih Ya Allah. Kita happy sangat,” katanya.
Sementara itu, Aliff bersyukur dengan tindakan figura terkenal itu yang sanggup membeli dan menyokong produk keluarannya meskipun mampu membeli beg tangan berjenama mewah.
“Walaupun Datuk Siti pakai beg beratus ribu, tapi beliau sudi merafak sembah (membeli beg tangan keluarannya).
“Jasa Datuk Siti amat kami hargai,” kongsinya.
Dalam perkongsian sama juga, Aliff sempat mendendangkan beberapa buah lagu nyanyian Siti Nurhaliza sebagai tanda penghargaan kerana menyokong perniagaannya.