[VIDEO] “Walaupun Sementara, Tapi Saya Rasa Macam Dah Kenal Bella Selama-Lamanya” – Syed Saddiq

[VIDEO] “Walaupun Sementara, Tapi Saya Rasa Macam Dah Kenal Bella Selama-Lamanya” – Syed Saddiq

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq mencuri tumpuan selepas berkongsi detik perkenalannnya bersama pelakon dan penyanyi jelita, Bella Astillah.

Menerusi video di TikTok pelakon, Aidil Aziz iaitu suami kepada aktres, Fasha Sandha, yang bertanya kepada Saddiq berapa lamakah tempoh perkenalannya bersama Bella.

“YB dah kenal Bella berapa lama?”,” soal Aidil dengan nada bersahaja.

“Walaupun sementara tapi rasa macam dah selama-lamanya,” jawab Saddiq dengan penuh senyuman.

Bella yang ketika itu berada disisinya lantas tersenyum dan tersipu malu mendengar jawapan Saddiq itu.

Difahamkan, momen tersebut dirakam ketika mereka menghadiri majlis perkahwinan pasangan selebriti, Eyka Farhana dan suami tercinta, Akhyar Rashid, semalam.

Menjengah ke ruangan komen, rara-rata netizen tidak keruan mendengar kenyataan Saddiq yang dikatakan sangat jujur itu.

@itsaidilaziz

Biar video berbicara😍 Kan sayang?@Fasha Sandha ☺️. . @Syed Saddiq @Bella Astillah fyp fylpシ fylppppppppppppp fyppppppppppppppppppppppp

♬ Jangan Pisahkan – Deddy Dores & Mayank Sari

Scroll to Top