[VIDEO] Zarina Anjoulie Dakwa Linda Jasmine Bersikap Sombong? – “Cara Berlagak Macam Kau Kim Kardashian”

[VIDEO] Zarina Anjoulie Dakwa Linda Jasmine Bersikap Sombong? – “Cara Berlagak Macam Kau Kim Kardashian”

Pelakon, Zarina Anjoulie meluahkan rasa berang sekali gus mendakwa koreografer terkenal, Linda Jasmine bersikap sombong terhadapnya.

Menerusi sepotong video siaran langsung tular, Zarina atau lebih mesra disapa sebagai Anju menceritakan keadaan tersebut berlaku ketika dia menegur Linda yang dipercayai diminati olehnya.

“Linda Jasmine tu bekas isteri Que Haidar, Bila peminat tegur, banggalah kan. Elok-elok aku peminat engkau, aku terus tak minat kau.

“Lagipun kau bukan selebriti pun Linda Jasmine, kau hanya guru penari. Cara berlagak kau macam kau Kim Kardashian. Tapi aku yakin kau tak ingat itu adalah aku.

“‘Action’ gila makcik tu. Bayangkan eh, kau dah la minat gila dekat perempuan ni, lepas itu bila kita tegur dia berlagak,” katanya.

Dalam siaran langsung sama juga, Anju turut menyatakan dia teruja berlakon bersama bekas suami Linda, iaitu Que Haidar.

“Apapun, Makcik Linda, saya sangat seronok berlakon dengan bekas suami awak, he is such a sweetheart. Aku yakin menggeletar jantung dia aku berlakon dengan bekas suami dia,” katanya lagi.

Scroll to Top