Vila Platini dipecah masuk, beberapa trofi dan pingat dicuri

Vila Platini dipecah masuk, beberapa trofi dan pingat dicuri

Paris: Legenda bola sepak dunia, Michel Platini, berdepan detik cemas apabila terserempak dengan seorang pencuri di vila miliknya di Cassis, selatan Perancis.

Menurut sumber polis, bekas presiden Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) itu yang berusia 70 tahun terdengar bunyi mencurigakan di taman sebelum mendapati seorang lelaki bertopeng hitam berada di kawasan berkenaan.

Suspek melarikan diri dengan beberapa trofi dan pingat milik Platini.

Platini yang pernah memenangi anugerah Ballon d’Or tiga kali berturut-turut dari 1983 hingga 1985, membuat 72 penampilan bersama skuad kebangsaan Perancis, termasuk membawa Les Bleus ke separuh akhir Piala Dunia 1982 dan 1986.

Selepas bersara, Platini menerajui UEFA dari 2007 hingga 2016 sebelum terpalit kontroversi kewangan bersama bekas presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Sepp Blatter.

Bagaimanapun, beliau dibebaskan daripada semua pertuduhan pada Mac lalu.

Pihak berkuasa masih memburu suspek yang dipercayai melarikan barang berharga bernilai tinggi.

Setakat ini, tiada kecederaan dilaporkan dan Platini dilaporkan berada dalam keadaan selamat.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top