
Cash meledak gol kemenangan Villa di Riverside. Foto Agensi
JARINGAN penghujung separuh masa kedua Matty Cash membolehkan Aston Villa mengesahkan slot pusingan keempat Piala FA buat kali pertama dalam tempoh lapan tahun selepas mengatasi Middlesbrough 1-0 pada Ahad.
Pada perlawanan di Stadium Riverside itu, kedua-dua pasukan seolah-olah menuju ke perlawanan ulangan sebelum rembatan Cash memecah kebuntuan pada minit ke-87 untuk gol keempatnya musim ini.
Sebagai rekod, Villa berstatus pemenang tujuh kali Piala FA sejak 1957 sebelum ini gagal mara ke pusingan keempat sejak 2016.
“Pengendali (Unai Emery) menjelaskan dengan jelas di hotel bahawa kami tidak mempunyai rekod baik dalam kejuaraan ini.



