Vivy Yusof Keluar Dari Ibu Pejabat SPRM Tanpa Kelibat Suami, Timbulkan Persoalan | Oh! Media

Vivy Yusof Keluar Dari Ibu Pejabat SPRM Tanpa Kelibat Suami, Timbulkan Persoalan | Oh! Media

Pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof, dilihat meninggalkan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada jam 4 petang tadi, ditemani peguamnya, Shaarvin Raaj Selva Kumar.

Bagaimanapun, apa yang menimbulkan persoalan apabila Vivy keluar tanpa kelibat suaminya sedangkan mereka dilihat sama-sama hadir jam 2.34 petang tadi.

Kunjungan ini adalah hari ketiga Vivy dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar, ke SPRM bagi membantu siasatan berkaitan kerugian pelaburan dana awam dalam FashionValet.

Vivy Yusof dan suami disiasat mengikut seksyen 18 akta SPRM 2009

vivy yusof

Pasangan ini dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kerugian RM43.9 juta yang melibatkan pelaburan dana daripada Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).

Mereka antara sembilan individu yang disoal siasat, susulan operasi serbuan di beberapa lokasi termasuk pejabat FashionValet, Kementerian Kewangan (MoF), Khazanah, dan PNB.

BACA: Akaun Bank Persendirian Dan Syarikat Vivy Yusof Disita Oleh SPRM

Siasatan ini menimbulkan pelbagai reaksi dan spekulasi di kalangan netizen yang menantikan penjelasan lanjut mengenai penggunaan dana awam dalam pelaburan tersebut.

vivy yusof
Kredit foto: MalaysiaGazette

#OhmediaNasihat

Kes ini mengingatkan kita bahawa ketelusan dalam pengurusan dana awam sangat penting bagi menjaga kepercayaan rakyat. Semoga ia menjadi pengajaran dalam menguruskan pelaburan dengan penuh integriti dan tanggungjawab.


Scroll to Top