VOA untuk pelancong 23 negara ke Bali

VOA untuk pelancong 23 negara ke Bali

JAKARTA: Indonesia memulakan visa semasa ketibaan (VoA) untuk pelancong ke Bali dari 23 negara termasuk Malaysia, Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK).

Dalam pengumuman mengejut hari ini, Direktorat Jeneral Imigresen negara itu berkata VOA akan dilaksanakan sebelum 14 Mac, memandangkan kadar vaksinasi dua dos di pulau percutian itu lebih tinggi berbanding di mana-mana wilayah lain.

Sub penyelaras perhubungan awam direktorat itu, Achmad Nur Saleh melalui kenyataan berkata, warga asing boleh memohon visa selepas tiba di lapangan terbang dan pelabuhan antarabangsa Bali serta boleh meninggalkan negara itu melalui mana-mana kawalan imigresen, tidak semestinya di Bali.

Minggu lalu, Menteri Penyelaras Maritim dan Hal Ehwal Pelaburan Luhut Binsar Panjaitan memberitahu media bahawa Bali dipilih sebagai percubaan untuk kemasukan pelancong tanpa perlu menjalani kuarantin. – BERNAMA

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top