Pempengaruh media sosial Nur Sajat dikritik selepas berkongsi keadaan terkini wajahnya menerusi hantaran di media sosial.
Meskipun menerima pelbagai respons termasuklah dikritik kerana melakukan pembedahan terhadap wajahnya itu sekali lagi, Sajat bagaimanapun kekal tenang dan menjawab segala kecaman yang diberikan.
Menerusi hantaran balas, Sajat berkata, dia bukanlah mahu mengubah ciptaan Tuhan sebaliknya memiliki kecantikan membuatkan dirinya berasa gembiran dan yakin.
“Tetapi persoalannya, bagaimana anda hidup sebelum itu? Adakah anda hidup dalam ketakutan terhadap penilaian orang, atau adakah anda hidup dalam keyakinan dengan pilihan anda sendiri?
“Bagi saya, kecantikan bukan tentang bersaing dengan orang lain, ia tentang mencintai diri sendiri dan berasa yakin setiap hari. Bedah atau tidak, ini hak saya sebagai manusia untuk memilih apa yang menggembirakan saya.
“Saya tahu siapa saya, saya tahu apa yang saya mahu, dan saya tahu had saya. Saya tidak melakukannya untuk pertunjukan. Saya melakukannya kerana ia membuatkan saya berasa hidup. Dan bagi saya, itu sudah memadai,” katanya.

Terdahulu, Sajat mencuri perhatian selepas memuat naik fotonya dengan wajah bengkak dan hidung berbalut dipercayai baru sahaja menjalani pembedahan.
Katanya, ia menjadi tanda penghargaan buat diri sendiri selain melambangkan kebahagiaan atas pilihannya.




