Wajah Nampak Berseri, Muda & Hilang Kedutan, Lakukan Urutan Muka Dengan 7 Langkah Mudah Ini!

Wajah Nampak Berseri, Muda & Hilang Kedutan, Lakukan Urutan Muka Dengan 7 Langkah Mudah Ini!

Siapa kata untuk tampak muda hanya berpandukan kepada produk kecantikan semata-mata? Sebenarnya, kulit wajah yang sihat adalah daripada rejim kecantikan yang sempurna termasuklah mengurut muka. Bukan hanya di spa, malah di rumah pun anda boleh mengurut muka untuk wajah kekal sihat dan muda. 

Sumber gambar: Bolovtsova

Amalan mengurut muka ini dapat melancarkan perjalanan darah pada kulit wajah dan menjadikan wajah lebih segar. Ia juga membantu untuk mengurangkan kedutan di wajah dengan meregangkan kulit sekali gus wajah tampak muda dan jelita! Kali ini, Hijabista ingin kongsikan kepada anda langkah-langkah atau cara-cara urutan wajah yang betul. Selamat mencuba!

Sumber gambar: Shiny Diamond

1.  Untuk langkah yang pertama, pam sedikit serum di atas telapak tangan yang bersih. Gosok produk tersebut menggunakan kedua-dua belah tangan untuk menghangatkannya dengan suhu badan sebelum menyapu ia pada keseluruhan wajah.

CADANGAN PRODUK:

FOREO SERUM SERUM SERUM

Pasangkan dengan peranti bijak dari foreo BEAR™ yang mesti ada, serum yang ringan dan sangat menghidratkan ini dengan berkesan dan selamat memindahkan arus mikro daripada peranti ke kulit sambil membantunya kekal berdaya tahan terhadap tekanan setiap hari. Dengan bahan-bahan ultra penghidratan dan kaya dengan antioksidan seperti asid hyaluronik dan squalane, kapsul mikro serum juga membantu menolak formula berkhasiat kulit ke dalam lapisan kulit yang lebih cerah berseri tampak muda.

2.  Kemudian, daripada bahagian dagu, tolak pipi naik ke atas. Lakukan langkah ini sebanyak lima kali di sebelah pagi dan ulang 15-20 kali waktu malam sebelum tidur.

3.  Seterusnya bahagian atas tulang pipi dan tariknya ke atas sehingga ke sisi dahi. Lakukan langkah ini lima kali di bahagian kiri dan lima kali lagi di bahagian kanan.

4.  Untuk bahagian dahi, tolak semua ke bahagian atas sehingga ke kawasan anak rambut. Fokuskan pada bahagian ini kerana dahi adalah kawasan wajah yang paling cepat berkedut!

5.  Beri tekanan pada setiap penjuru wajah. Contoh: Kedua sisi dahi, belakang kedua telinga, kedua penjuru bibir, kedua penjuru mata dan kedua penjuru kening di tengah dahi.

6.  Seperti orang Korea, tampar lembut muka anda sekuat hati (jika tahan sakit). Cara ini akan mengejutkan semua otot pada wajah untuk aktif kembali bahkan dapat menyah toksin tau!

Sumber gambar: Bolovtsova

7.  Langkah seterusnya, buat cubitan kecil pada kawasan sekitar wajah. Sama seperti urutan, cubitan sebenarnya dapat mengejutkan otot-otot bawah kulit untuk kembali aktif dan segar!

Urutan lebih sempurna dengan peranti FOREO

FOREO BEAR™ Microcurrent Facial Toning Device

Otot muka yang tegang, licin seperti kulit mentega dan kedutan tidak kelihatan. Ya! Semua ini terhasil berkat arus mikro termaju BEAR™ yang mencerminkan arus elektrik semula jadi badan anda pada tahap selular. Bahagian yang terbaik? Ia sama sekali tidak invasif.

Senaman muka yang memberi tenaga, ia merangsang arus mikro yang membantu menegangkan kulit dan otot di bawah, manakala denyutan lembut T-Sonic™ mengurut muka dan mencerahkan kulit anda dengan menyingkirkan toksin dan meredakan ketegangan muka. Ya, semuanya untuk otot muka & leher. Arus mikro, BEAR™ menawarkan pengalaman spa di rumah yang sempurna dengan rutin kecantikan berpandu pada aplikasi FOREO yang tersedia. Mudah bukan dengan peranti ini!