Wajah Sayu, Individu Kongsi Video Terserempak Dengan Fattah Amin Di Surau – “Waktu Ni Dia Ada Masalah Rumah Tangga” 

Wajah Sayu, Individu Kongsi Video Terserempak Dengan Fattah Amin Di Surau – “Waktu Ni Dia Ada Masalah Rumah Tangga” 

Kisah perceraian bekas pasangan popular, Fattah Amin dan Nur Fazura masih menjadi sorotan ramai di seluruh platform media sosial.

Terkini, tular sebuah video memaparkan aktor filem Pendekar Awang itu berada di pekarangan sebuah surau yang seolah-olah tampak sayu.

Individu yang memuat naik video tersebut di TikTok mengatakan ketika itu Fattah atau nama sebenarnya, Abdul Fattah Mohd. Amin, 34, sedang diuji dengan pergolakan rumah tangga.

“Waktu terserempak dekat surai ini, dia memang tengah ada masalah rumah tangga. Jodoh, ajal, maut… semuanya di tangan Tuhan. Semoga Fattah dan Fazura kuat dengan ujian ini,” katanya.

@minimart90

Jodoh, ajal, maut semua di tangan tuhan. Semoga fattah amin & fazura kuat dengan ujian ni. @Fattah Amin @Nur Fazura #fattahamin #fattzura #fypシ #fyp

♬ Jeritan Hati – Cut Zuhra

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen berpihak kepada Fattah sempat menitipkan pesanan agar bapa anak satu ini diberi kekuatan dan ketabahan menghadapi perpisahan bersama bekas isterinya itu.

Fattah dan Fazura sah bercerai talak satu di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh pada Isnin, 7 Oktober lalu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Fazura yang telah memfailkan perceraian pada 13 September lalu bercucuran air mata apabila mengakui dia tidak dapat menerima Fattah bertindak curang.

Selain isu curang, punca perceraian lain adalah Fattah didakwa telah mengabaikan nafkah serta tiada persefahaman.

Fazura dan Fattah telah berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya, 4.

Artikel Berkaitan: Langgar Perintah Mahkamah Sebar Aib Fattah Amin? Peguam Maklum Fazura Boleh Disabitkan Hukuman Penjara – “Nak Terus Fitnah? Tanggunglah Dosa”

Scroll to Top