Penyanyi, Amira Othman menjadi perhatian ramai apabila wajahnya dikatakan seiras bintang Bollywood terkenal, Karisma Kapoor.
Menerusi perkongsian seorang individu di Threads, gambar Amira diletakkan bersebelahan dengan Karisma mendapat pelbagai reaksi netizen.
BACA: Fattah Amin Dedah Isteri Pandai Masak, Puji Mi Segera Amira Othman
Diruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan hantaran individu berkenaan serta menggelar Amira ‘Karisma Kapoor Malaysia’.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan Amira sememangnya memiliki kecantikan semula jadi dan pernah bersua muka serta mengatakan memang tepat pilihan Fattah.






