Wajah Terkini Fatiya Latiff Undang Perhatian Ramai | Oh! Media

Wajah Terkini Fatiya Latiff Undang Perhatian Ramai | Oh! Media

Pelakon, Fatiya Latiff tampil menjawab spekulasi netizen mengenai perubahan wajahnya yang menjadi bualan hangat di media sosial.

Menurut laporan Harian Metro, Fatiya, perubahan tersebut adalah sesuatu yang normal kerana faktor usia.

Itu pendapat masing-masing. Bagi saya, wajah saya tetap sama. Mungkin perubahan yang dilihat berpunca daripada faktor usia.

Fatiya Latiff tak kisah dikatakan berubah

Fatiya juga menegaskan bahawa dia tidak terasa hati dengan komen-komen netizen mengenai penampilannya.

Saya tidak marah kepada mereka yang memperkatakan mengenai wajah saya kerana itu hak masing-masing untuk berpendapat. Saya terima dengan hati terbuka.

Lakukan rawatan, tapi tak ekstrem

Dalam majlis sidang media drama Bidaah, Fatiya turut mengaku ada melakukan rawatan wajah, namun tidak secara berlebihan.

Saya ada ‘eye bags’ dan buat rawatan untuk hilangkannya. Selain itu, saya ada buat rawatan untuk licinkan kulit. Rawatan yang ekstrem saya tidak buat.

Sebelum ini, wajah Fatiya pernah menjadi perbualan kerana dikatakan kelihatan berbeza berbanding sebelum ini.

#ApaKataOhmedia

Setiap individu berhak untuk menjaga penampilan mereka dengan cara yang selesa. Namun, penting untuk mengutamakan kesihatan dan tidak berlebihan dalam melakukan perubahan.


Scroll to Top