Wajib vaksin COVID-19 untuk masuk premis kerajaan, swasta

Wajib vaksin COVID-19 untuk masuk premis kerajaan, swasta

JEDDAH: Mulai hari ini Arab Saudi menjadikan vaksinasi COVID-19 sebagai mandatori untuk kemasukan ke premis kerajaan dan swasta.

Menurut sumber rasmi Kementerian Dalam Negeri, hanya mereka yang divaksin dibenarkan memasuki mana-mana pejabat kerajaan atau swasta atau kemudahan komersial di seluruh negara mulai hari ini.

Sumber itu berkata, vaksinasi adalah wajib untuk melakukan semua kegiatan ekonomi, komersial, budaya, hiburan atau sukan; termasuk ke semua institusi kerajaan dan swasta, kemudahan pendidikan serta pengangkutan awam.

Memetik laporan Saudi Gazette, aplikasi Tawakkalna akan digunakan untuk memeriksa status imunisasi warganegara dan penduduknya.

Kementerian Perdagangan menyatakan bahawa semua pembeli mesti memenuhi terma dan syarat yang dikeluarkan lebih awal.

Syarat itu terpakai untuk mereka yang sudah mendapatkan satu atau dua dos vaksin yang diluluskan kerajaan serta sudah pulih daripada jangkitan coronavirus, serta pengecualian kategori orang berdasarkan usia dan keadaan kesihatan mereka.

Di Kementerian Perbandaran dan Hal Ehwal Luar Bandar dan Perumahan sebelum ini turut mengumumkan bahawa mereka yang disuntik vaksin hanya akan dibenarkan memasuki pejabat awam dan swasta, mulai 1 Ogos.

Arab Saudi berjaya melaksanakan kempen vaksinasi Kingdomwide COVID-19 untuk semua warga dan penduduknya dengan hampir 27 juta dos diberikan setakat ini.

Lebih separuh daripada warganegara Arab Saudi dan penduduk kini menerima suntikan pertama dan satu daripada lima menerima dua dos vaksin. – AGENSI

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top