Sayap pemuda PKR, Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendesak beberapa wakil rakyat parti itu supaya tampil memberi penjelasan selepas dilihat hadir ke majlis pelancaran semula Parti Bersama Malaysia (Bersama) baru-baru ini.
Menurut laporan Kosmo, Ketua AMK, Kamil Abdul Munim berkata, ahli parti berhak mengetahui sebab kehadiran mereka ke majlis tersebut.
Mereka harus tampil dan berikan penjelasan yang sewajarnya. Kalau mereka tidak ambil langkah sedemikian dan membiarkan hal ini, jangan marah kalau ada orang lain terus menyerang.
Beberapa ahli Parlimen PKR jadi perhatian

Antara wakil rakyat PKR yang hadir ke pelancaran parti Bersama pada 17 Mei lalu ialah Wong Chen (Subang), Datuk Bakhtiar Wan Chik (Balik Pulau), Rodziah Ismail (Ampang), Zahir Hassan (Wangsa Maju) dan Lee Chean Chung (Petaling Jaya)
Kehadiran mereka mula mencetuskan persoalan dalam kalangan penyokong dan ahli parti.
PKR dakwa akar umbi masih kukuh

Walaupun isu itu hangat diperkatakan, Kamil menegaskan bahawa kemunculan Parti Bersama tidak memberi impak besar terhadap kekuatan PKR khususnya di kawasan luar bandar.
Kekuatan kita di akar umbi masih kukuh. Dari semasa ke semasa kita lihat pertambahan bilangan anggota.
Menurutnya lagi, fokus utama PKR kini adalah memperkukuhkan parti menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Pssttt! Dalam politik, ketelusan dan penjelasan terbuka penting untuk menjaga kepercayaan ahli serta rakyat. Jangan biar persoalan terus bertebaran tanpa jawapan.
Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.




