Pelakon Rozita Che Wan memuat naik hantaran istimewa sempena ulang tahun kelahiran anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana yang ke-12 tahun.
Menerusi perkongsian di Instagram, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta menyifatkan kehadiran Aaisyah adalah pengikat cintanya dengan Zain Saidin.
BACA: Che Ta Tak Kisah Jika Menantu Tak Pandai Masak
“12 tahun yang lalu, lahirlah pengikat cinta mummy dan daddy. Walau ada yang mempersoalkan bersalin di usia 42 tahun, tapi rezeki Allah tu tiada siapa yang boleh menidakkan.
“Dialah terpaling princess dalam keluarga kami .. untung Aaisyah ada daddy yang menatang seperti minyak yang penuh,” tulisnya.
Sementara itu, Che Ta berkata Aaisyah sangat beruntung kerana abang-abangnya sanggup melakukan apa saja serta mendoakan menjadi anak yang solehah.
“Ada abang-abang yang layankan saja adik depa ni yang cerewet, yang demanding, yang sangat emosi dan kuat cemburu, dan ada mummy yang sentiasa di sisi. Membesarlah menjadi anak yang solehah ye sayang. You know Mummy would do anything for you,” tulisnya.




