Pelakon Adam Corrie Lee Abdullah berkongsi berita duka diatas pemergian mendiang ibu tercinta pada Sabtu lalu.
Menerusi satu hantaran di Threads, Adam berkongsikan detik terakhir bersama mendiang ibunya meskipun berbeza agama dia tetap berada disisi sebagai tanda penghormatan.
BACA: Adam Corrie Terima Anugerah Tokoh Mualaf
“Walaupun saya dan ibu berlainan agama, sebagai seorang anak saya tetap berada di sisi hingga ke akhirnya itulah tanda penghormatan dan kasih sayang,”tulisnya.
Sementara itu, Adam berkata Islam tidak menghalang seorang anak untuk menyantuni ibu bapa mereka yang tidak seagama, selagi menjaga batas yang digariskan syariat.
“Sebagai seorang Muslim, saya menjaga batas agar tidak melanggar syariat. Kerana Islam tidak pernah memutuskan hubungan kekeluargaan. Tambahan pula, ini ibu yang melahirkan kita.
“Pagi tadi selesai urusan di hospital, kini mendiang ibu dibawa ke kuil untuk sanak saudara memberi penghormatan terakhir, sebelum disemadikan pada hari Rabu ini,” katanya.




