Walau Sarat Hamil LESTI KEJORA Tampil Anggun Di Anugerah Muzik Indonesia 2024, Raih 3 Anugerah! – Hijabista

Walau Sarat Hamil LESTI KEJORA Tampil Anggun Di Anugerah Muzik Indonesia 2024, Raih 3 Anugerah! – Hijabista

Majlis graduasi merupakan hari yang paling dinanti-nantikan oleh setiap insan yang bergelar mahasiswa atau mahasiswi kerana hari tersebut bakal menjadi peristiwa yang paling bersejarah dalam hidup mereka. 

Pelbagai ragam pelajar dapat dilihat ketika meraikan majlis graduasi. Salah satunya adalah apa yang dilakukan oleh Nur Avia Aminia Junaedy, graduan jurusan psikologi Universiti Muhammadiyah Malang (UMM), Indonesia ini. 

Bagaikan pahlawan dalam drama atau filem sejarah, pelajar berhijab ini tiba di majlis graduasi UMM, Khamis lalu dengan menunggang kuda. Difahamkan, dia menunggang kuda tersebut daripada rumahnya di Desa Tegalgondo, Kecamatan Karangploso sehinggalah ke kampus. Wah, memang unik! 

Jarak kira-kira 4 kilometer itu berjaya ditempuh dengan menunggang kuda. Selain itu, keluarga Avia turut mengiringinya ke tempat graduasi dengan menaiki 4 buah kereta kuda.

‘Momen Sekali Seumur Hidup’, Hijabi Ini Hadiri Majlis Graduasi Menunggang Kuda!‘Momen Sekali Seumur Hidup’, Hijabi Ini Hadiri Majlis Graduasi Menunggang Kuda!
Keluarga Avia yang menaiki kereta kuda

Saya memang sudah lama merancang ingin menunggang kuda ke majlis graduasi saya.

Yang paling penting, kena bertenang. Jalan raya agak sesak dengan lalu lintas. Agak sukar. Saya takut kuda itu panik,” katanya.

Momen sekali seumur hidup

Diantara sebab hijabi ini memilih untuk menunggang kuda ke majlis graduasi adalah kerana dia mahu momen-momen hari graduasi menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan.

“Ini mungkin momen sekali seumur hidup. Saya ingin agar kenangan hari ini akan selalu saya ingat hingga tua nanti,” katanya.

‘Momen Sekali Seumur Hidup’, Hijabi Ini Hadiri Majlis Graduasi Menunggang Kuda!‘Momen Sekali Seumur Hidup’, Hijabi Ini Hadiri Majlis Graduasi Menunggang Kuda!

Wanita kelahiran Malang, Indonesia itu berkata; dia memang menyayangi haiwan berkaki empat ini sejak kecil. Ini kerana, bapanya memiliki sebuah penternakan lembu dan kuda tidak jauh dari rumahnya. Bapanya juga memang mengajar anak perempuannya menunggang kuda sejak kecil.

Justeru itu, apabila mendengar hasrat anak perempuannya untuk menunggang kuda dari rumah ke UMM, ibu bapanya tidak berasa pelik dan terus menyokongnya.

“Alhamdulillah, saya diizinkan untuk mencipta satu kenangan manis. Saya juga berharap agar UMM dapat terus memajukan pelbagai perkara dan menambah baik lagi. Semoga pencapaian ini demi pencapaian ini terus direalisasikan. dan memberikan perkhidmatan pendidikan yang berkualiti” katanya.

Artikel berkaitan: Usia Bukan Penghalang, Nenek 90 Tahun Buktikan Dia Juga Mampu Genggam Segulung Ijazah!

Usman Junaidi, bapa Avia turut mengakui bahawa anaknya memang menyayangi haiwan sejak kecil terutama lembu dan kuda.

“Anak saya juga menyukainya dan menyertai saya ketika saya menjaga lembu dan kuda,” katanya.

Berkongsi cerita pada awalnya, bapanya mahu Avia menaiki lembu yang besar sahaja untuk ke majlis tersebut.

“Sebenarnya, saya mahu Avia menunggang lembu jantan besar, bukan kuda. Ini kerana, kami memang mempunyai penternakan lembu. Kuda sebenarnya hanya hobi untuk merawat dan menunggang sahaja. Tetapi dia memilih kuda sebagai tunggangan tamat pengajiannya, ” tambahnya.

Usman juga berharap anaknya itu akan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Dia percaya dengan pendidikan, kemakmuran dan kebahagiaan pasti dapat dicapai.

Artikel berkaitan: Hijabi Ini Menghidap Kanser Tahap Empat Berjaya Menerima PhD Di Konvokesyen UiTM

Sumber: Liputan6

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI

Scroll to Top