Pelakon dan usahawan popular, Nur Fazura, memilih untuk memaafkan pelawak Lan Pet Pet susulan permohonan maaf terbuka yang dibuat sebelum ini berhubung isu gurauan yang mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 42, memaklumkan dia tidak mahu memanjangkan perkara tersebut dan mengambil pendekatan berdamai demi ketenangan diri.
ARTIKEL BERKAITAN: Lan Pet Pet Mohon Maaf Kepada Nur Fazura Isu Gurauan Luc*h

Menurutnya, walaupun perasaannya pernah terguris, memaafkan adalah jalan terbaik demi mencari reda Allah SWT.
“Susulan permohonan maaf yang dibuat secara terbuka, saya ambil keputusan untuk maafkan secepat mungkin, sama seperti cepatnya dia memohon maaf atas kekhilafan yang berlaku.
@xtra_my Pelawak Lan Pet Pet tampil memohon maaf secara terbuka kepada Fazura susulan isu lawak l*cah yang tular baru-baru ini. Lan menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang niat tidak baik. Menerusi perkongsian di Threads, Fazura turut memaklumkan bahawa beliau telah memaafkan Lan Pet Pet, sekali gus menamatkan spekulasi dan meredakan keadaan. #fyp #xtra #lanpetpet #mohonmaaf #fazura ♬ original sound – XTRA
“Hati memang ada terasa, tapi bagi saya, keutamaan adalah untuk capai reda Allah. Mudah-mudahan apa yang berlaku jadi pengajaran buat kita semua,” tulisnya.

Fazura turut berharap insiden tersebut dapat dijadikan teladan bersama agar lebih berhati-hati dalam setiap percakapan, khususnya di khalayak ramai.
Sebelum ini, Lan Pet Pet tampil membuat permohonan maaf selepas satu gurauan yang dikatakan berunsur tidak sesuai menjadi tular dan menerima kecaman netizen.
Pelawak itu menjelaskan dia tidak mempunyai niat untuk menyinggung mana-mana pihak, termasuk Fazura.



