Pelakon Fathia Latiff menyedari penampilan dan perubahan wajahnya sering menjadi bualan ramai netizen di media sosial kerana tidak sama lagi seperti dulu.
Menerusi perkongsian di Threads, Fathia berkata orang luar hanya tahu memberikan komen dan menghakiminya namun mereka tidak tahu apa yang dia lalui.
BACA: “Nak Seorang Yang Jujur” – Fathia Latiff Kongsi Ciri-Ciri Lelaki Idaman
“Saya tahu penampilan saya telah berubah, saya tidak lagi sama seperti dahulu. Saya dengar orang berkata, komen, menghakimi daripada orang yang tidak pernah tahu apa yang saya telah lalui selama ini,” katanya.
Sementara itu, Fathia berkata rupa paras bukanlah perkara yang harus dijadikan keutamaan sebaliknya kekuatan untuk kekal bertahan daripada individu yang cuba menjatuhkan hidupnya.
“Saya tidak dilahirkan untuk sentiasa kekal sama. Kecantikkan bukan hanya pada wajah yang pernah saya miliki, ia adalah cara bagaimana saya bertahan.
“Saya terus berjalan ketika mereka cuba untuk menjatuhkan. Walau tidak lagi cantik di mata orang, saya tetap saya. Itu semua sudah cukup,” tulisnya.