“Walaupun Tak Pergi Sekolah Macam Orang Lain Tapi Kita Boleh” – Anak Arwah Suhaimi
Anak kepada Ina Naim dan Allahyarham Suhaimi Saad iaitu Ehmad Hadie Elhardie berkata dia akan terus berusaha untk memberikan contoh terbaik buat adik-adiknya.
Memetik HibGlam, Hadie yang menyertai Talk To My Manager bersama ibunya Ina Naim berkata meskipun tidak bersekolah seperti orang lain namun dia mahu buktikan boleh berjaya.
BACA:
“Saya masuk sini, cuba nak buat yang terbaik dan tunjuk kepada adik-adik walaupun kita tak seberapa tak pergi sekolah macam orang lain tapi kita boleh. Insya-Allah, kita boleh buat yang terbaik macam orang lain juga. Kita pun boleh berjaya,” katanya.
Sementara itu, Ina yang tidak dapat menahan sebak berkata arwah suaminya yang lebih layak duduk di kerusi pengurus bagi menguruskan anaknya.
“Sebenarnya bukan saya yang duduk di situ (kerusi pengurus), tapi arwah ayah dia sebab dia yang mendidik dari kecil sampai besar.
“Tapi dia tak dapat melihat anaknya duduk di atas pentas. Saya yang ganti dan nak buat yang terbaik untuk ayah dia. Saya ambil aura-aura dan kekuatan daripada ayah dia sebab itu saya sertai program Talk To My Manager ini,” katanya.
Sumber: HibGlam