Wan Ezila impi Akademi Kijang Muda dikenali

Wan Ezila impi Akademi Kijang Muda dikenali

KOTA BHARU – Bekas pemain kebangsaan dan legenda bola sepak Kelantan, Allahyarham Wan Ezila Wan Daud mempunyai impian akademi bola sepaknya dikenali di seluruh negara.

Rakan baik Allahyarham, Razali Yusof, 60, ketika dihubungi berkata, Wan Ezila seorang yang sangat meminati bidang bola sepak dan mahu melihat lebih ramai pelapis dalam bidang itu.

Razali memberitahu, hasrat itu juga diluahkan ketika kali terakhir mereka bertemu malam tadi yang mana Allahyarham mahu Akademi Kijang Muda menjadi pemangkin untuk tujuan tersebut.

“Saya pergi ke rumahnya di Lundang jam 9 malam dan sempat berbual kira-kira sejam berkaitan akademi itu.

Scroll to Top