Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal terima nasib sama seperti Hamzah Zainudin apabila dipecat daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berkuat kuasa hari ini.
Terima nasib sama seperti Hamzah Zainudin
Notis pemecatan serta-merta itu dikeluarkan dan ditandatangani Pengerusi Lembaga Disiplin, Datuk Mohd Radzi Manan atas alasan melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan parti.
Difahamkan, turut menerima tindakan sama ialah beberapa lagi pemimpin termasuk Ahli Parlimen Padang Rengas, Kapten Azahari Hasan dan Ahli Parlimen Gerik, Fathul Huzir Ayob yang sebelum ini dikaitkan dengan gesaan agar Presiden BERSATU, Muhyiddin Yassin berundur.

Terima nasib dipecat BERSATU
Setiausaha Agung BERSATU, Azmin Ali memaklumkan pemecatan itu diputuskan selaras Fasal 22.5 perlembagaan parti dan berkuat kuasa serta-merta.
“(Pemecatan) berkuat kuasa mulai 13 Februari 2026 (hari ini) kerana tindakan beliau melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan BERSATU,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menerusi kenyataan Wan Wan Ahmad Fayhsal di Facebook, beliau meluahkan rasa syukur dengan pemecatan tersebut dan mengakui akan terus menyokong Hamzah Zainudin.

Terdahulu, notis turut memaklumkan Hamzah boleh mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan dalam tempoh 14 hari dari tarikh notis tersebut.
Sumber: Facebook Wan Ahmad Fayhsal



