Wan Saiful nafi laporan BERSATU tolak semua jawatan Kabinet

Wan Saiful nafi laporan BERSATU tolak semua jawatan Kabinet

yusri.muzamir@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan menafikan laporan parti itu menolak semua jawatan dalam Kabinet yang akan diterajui Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Dalam satu kenyataan ringkas hari ini, beliau menyifatkan laporan sebuah portal berita itu sebagai berniat jahat yang mahu memecahkan-belahkan BERSATU.

“Saya cadangkan kepada semua supaya merujuk sumber berita sahih. Kandungan laporan ini adalah palsu yang sumbernya entah siapa,” katanya.

Portal berkenaan memetik beberapa sumber, mendakwa Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu parti itu menolak semua jawatan dalam Kabinet sebagai salah satu strategi dan persediaan memenangi PIlihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top